Dasar Privasi

A. Siapakah Kami?

1. Kami adalah (1) Techtronic Power Tools (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat berhad yang didaftarkan di Malaysia (No. Pendaftaran Syarikat: 201201018303 (1003816-H)); dan (2) Techtronic Asia Company Limited, sebuah syarikat berhad yang didaftarkan di Hong Kong (No. Pendaftaran Syarikat: 39085) (secara kolektif atau secara individu dirujuk sebagai “Milwaukee Tool” atau “kami”).

B. Apakah Tujuan Dasar Ini?

2. Tujuan Dasar Privasi ini adalah untuk memaklumkan anda dan memberi anda pemahaman tentang bagaimana kami mengendalikan, mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan membuat apa-apa urusan dengan data peribadi mengenai anda yang anda berikan kepada kami, yang kami terima melalui/daripada pihak ketiga, yang dalam milik kami atau yang menjadi milik kami, sama ada sekarang atau pada masa hadapan. Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti. Dalam Dasar ini, “anda” merujuk kepada individu yang data peribadinya kami terima, kumpulkan, gunakan, zahirkan atau proseskan.

3. Kami memandang dengan serius tanggungjawab kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) . Kami juga mengenal pasti kepentingan data peribadi yang anda amanahkan kepada kami dan kami mempercayai bahawa ia adalah tanggungjawab kami untuk mengurus, melindungi dan memproses data peribadi anda dengan sewajarnya.

4. Kandungan Dasar Privasi ini mungkin berubah dari semasa ke semasa, jadi sila semak kembali kerap kalinya. Sebarang perubahan pada Dasar Privasi ini akan dipaparkan dan dapat dilihat di Laman Web kami.

5. Kami memiliki dan/atau mengendalikan laman web seperti http://www.milwaukeetool.my/ dan/atau apa-apa aplikasi mudah alih yang mungkin diterbitkan oleh kami (laman web dan/atau aplikasi-aplikasi mudah alih tersebut boleh secara kolektifnya atau individunya dirujuk sebagai “Laman Web”).

6. Laman Web ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh mana-mana orang di bawah umur 18 tahun. Kami tidak, dan tidak berniat untuk, bertransaksi melalui Laman Web secara langsung dengan sesiapa sahaja yang kami tahu berumur di bawah 18 tahun. Dengan memberikan sebarang data peribadi kepada kami, anda mengisytiharkan dan mengesahkan bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas dan bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

C. Apakah Maklumat Yang Kami Terima/Kumpulkan?

7. “Data Peribadi” didefinisikan di bawah PDPA sebagai bermaksud maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial, yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu. Milwaukee Tool menerima atau mengumpulkan maklumat mengenai anda, seperti tetapi tidak terhad kepada apabila anda memberikan maklumat anda kepada kami, apabila anda menggunakan Laman Web kami, apabila anda berinteraksi dengan kami, apabila anda berinteraksi dengan atau memasuki (atau cuba untuk memasuki) transaksi dengan kami. Data peribadi yang mungkin kami terima atau kumpulkan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama
  • Alamat rumah
  • Maklumat perhubungan seperti nombor telefon, alamat emel
  • Maklumat peribadi individu pihak ketiga yang anda ingin hantarkan kepada
  • Maklumat transaksi
  • Keutamaan-keutamaan anda
  • Kad kredit dan/atau maklumat berkaitan kewangan lain yang digunakan untuk transaksi
  • Maklumat lokasi anda dan/atau komputer atau peranti anda

Kami akan menerima atau mengumpulkan data peribadi anda selaras dengan PDPA.

8. Kami mungkin mengumpulkan dan menyimpan maklumat tertentu secara automatik apabila anda mengunjungi Laman Web tersebut. Contohnya termasuk alamat protokol internet (IP) yang digunakan untuk menghubungkan komputer atau peranti anda ke internet, maklumat sambungan seperti jenis dan versi pelayar web, sistem operasi dan platform anda, nombor rujukan unik yang berhubung dengan data yang anda masukkan dalam sistem kami, perincian log masuk, aliran penuh URL ke, melalui dan dari Laman Web (termasuk tarikh dan masa), nombor kuki (‘cookie’) dan/atau aktiviti anda di Laman Web kami, termasuk halaman yang anda kunjungi, carian yang anda buat.

9. Kami mungkin menerima maklumat mengenai anda daripada pihak ketiga jika anda menggunakan mana-mana laman web atau platform media sosial yang dikendalikan oleh pihak ketiga (seperti Facebook, Instagram, Twitter etc.) dan, jika fungsi tersebut tersedia, anda telah memilih untuk memautkan profil anda di Laman Web kami dengan profil anda di laman web atau platform media sosial lain tersebut.

D. Kuki-kuki

10. Kami mungkin menggunakan kuki-kuki untuk mengenal pasti anda daripada pengguna-pengguna lain di Laman Web.

11. Kuki adalah sebilangan kecil huruf dan nombor yang kami simpan di pelayar web anda atau pemacu keras komputer atau peranti anda.

12. Anda boleh menyekat atau memberhentikan kuki-kuki dalam tetapan-tetapan pelayar web anda.

13. Kami menggunakan kuki-kuki log masuk untuk mengingati anda apabila anda log masuk untuk pengalaman yang lancar.

14. Kami mungkin menggunakan kuki-kuki sesi untuk untuk menjejaki pergerakan anda dari halaman ke halaman dan untuk menyimpan input-input yang anda pilih supaya anda tidak selalu diminta untuk mendapatkan maklumat yang sama.

15. Laman Web kami mungkin menggunakan Google Analytics yang merupakan salah satu penyelesaian analisis yang paling meluas dan dipercayai di web untuk membantu kami memahami bagaimana anda menggunakan Laman Web dan cara-cara yang kami boleh menambahbaik pengalaman anda. Kuki-kuki ini boleh menjejaki perkara-perkara seperti berapa lama anda menghabiskan masa di Laman Web dan halaman-halaman yang anda kunjungi supaya kami dapat terus menghasilkan kandungan yang menawan.

16. Dengan terus menggunakan Laman Web kami, anda bersetuju kepada penggunaan kuki-kuki di Laman Web seperti yang digariskan di atas. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap kuki-kuki yang digunakan oleh pihak-pihak ketiga.

17. Untuk maklumat lanjut mengenai jenis-jenis kuki dan bagaimana ia berfungsi, sila lawati www.allaboutcookies.org

E. Perkhidmatan-Perkhidmatan Geo-lokasi

18. Laman Web dan aplikasi-aplikasi mudah alih atau berasaskan web mungkin menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibolehkan oleh lokasi. Kami mungkin menerima maklumat mengenai lokasi sebenar anda (seperti isyarat-isyarat GPS yang dihantar oleh peranti mudah alih) atau maklumat yang boleh digunakan untuk menganggar lokasi. Anda mungkin ditanya jika perkhidmatan geo-lokasi boleh diaktifkan dan anda juga boleh membantah perkhidmatan geo-lokasi ini dalam aplikasi mudah alih atau berasaskan web masing-masing.

F. Tujuan-Tujuan Yang Kami Kumpulkan, Gunakan Atau Zahirkan Data Peribadi Anda

19. Milwaukee Tool akan/mungkin mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih tujuan-tujuan berikut:

   (a) memproses, memudahkan dan/atau menguruskan minat anda terhadap produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;

   (b) mempertimbangkan, memproses, memudahkan (termasuk melaksanakan analisis risiko atau penipuan), menguruskan dan/atau mengendalikan, permintaan/permohonan anda untuk atau pembelian anda, pembelian yang diniatkan, atau langganan anda, untuk produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami (“Transaksi”);

   (c) menguruskan, memudahkan, memproses dan/atau mentadbirkan akaun yang mungkin anda buka dengan kami;

   (d) memudahkan, memproses, menguruskan, mentadbirkan dan/atau mengendalikan Transaksi atau Transaksi diniatkan. Tanpa prejudis terhadap perkara di atas, ini termasuk memproses dan mengendalikan pesanan-pesanan dalam talian anda dan penghantarannya;

   (e) memberikan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda;

   (f) mentadbirkan, memudahkan, mengendalikan, memproses dan/atau menguruskan hubungan anda dengan kami, transaksi anda dengan kami, menjadi anggota kad kesetiaan atau anggota ganjaran kami, sebarang transaksi atau aktiviti yang dilakukan oleh anda di Laman Web atau di premis-premis/pertubuhan-pertubuhan kami atau dengan kami, permintaan-permintaan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada menguruskan pertanyaan, permintaan, atau tempahan ad hoc anda, menguruskan keutamaan-keutamaan anda, menguruskan keperluan-keperluan keahlian anda, menguruskan keperluan-keperluan penghantaran anda, memproses pesanan-pesanan dan transaksi-transaksi pembayaran, melaksanakan transaksi-transaksi dan pembekalan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda yang diminta oleh anda. Tanpa mengehadkan keluasan perkara tersebut di atas, sekiranya anda melakukan transaksi yang termasuk individu pihak ketiga atau untuk individu pihak ketiga, anda bersetuju untuk kami menzahirkan data peribadi yang mengenal pasti anda, kepada individu pihak ketiga tersebut (seperti tetapi tidak terhad kepada nama anda);

   (g) mentadbirkan, memudahkan, memproses dan/atau menguruskan sebarang perkara yang berhubungan dengan pengunaan atau akses Laman Web anda atau termasuk mengenal pasti anda untuk log masuk ke Laman Web, portal-portal kami dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian lain yang disediakan oleh kami. Tanpa mengehadkan keluasan perkara tersebut di atas, :

   (i) ini mungkin termasuk pengumpulan dan pemprosesan berikutnya data lokasi atau data anda yang mengenal pasti lokasi anda;

   (ii) jika anda:

    (1) mendapatkan akses ke atau log masuk ke Laman Web, menggunakan bukti-bukti kelayakan log masuk Laman Rangkaian Sosial anda, atau

    (2) menggunakan apa-apa ciri Laman Rangkaian Sosial seperti widget-widget, plug-in dan paparan notifikasi pelayar web, yang tersedia untuk anda di Laman Web kami, ia boleh mengakibatkan maklumat atau data peribadi anda dikumpulkan atau dikongsi antara kami dan pihak ketiga. Sebagai contoh, jika anda menggunakan ciri “Suka” Facebook, Facebook mungkin mendaftarkan fakta bahawa anda “suka” sebuah produk dan mungkin memaparkan maklumat tersebut di Facebook. (“Laman Rangkaian Sosial”) merujuk kepada platform dalam talian atau digital yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak ketiga, yang digunakan oleh orang untuk membina rangkaian sosial, atau untuk berinteraksi, dengan orang lain, seperti tetapi tidak terhad kepada Facebook, Instagram, Twitter). Dengan meneruskan selaras dengan (1) atau (2) di atas, anda bersetuju untuk pengumpulan, penggunaan atau penzahiran data peribadi anda;

  (h) memantau, memproses dan/atau menjejak penggunaan Laman Web anda untuk memberi anda pengalaman yang lancar, memudahkan atau mentadbirkan penggunaan Laman Web anda, dan/atau membantu kami untuk menambahbaik pengalaman anda dalam menggunakan Laman Web;

  (i) mentadbirkan, memudahkan, memproseskan dan/atau menguruskan sebarang transaksi-transaksi atau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh anda di Laman Web;

  (j) memberikan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda sebagai pelanggan kami, sebagai ahli program kesetiaan/program kad/program ganjaran kami atau apabila diminta oleh anda; menguruskan atau mentadbirkan penyertaan anda dalam pertandingan-pertandingan, permainan, acara-acara sosial yang dianjurkan oleh kami;

  (k) melaksanakan dan/atau memudahkan arahan-arahan anda atau menjawab sebarang pertanyaan yang diberikan oleh (atau yang berupa diberikan oleh) anda atau bagi pihak anda;

  (l) menghubungi anda atau berkomunikasi dengan anda melalui panggilan telefon/suara, pesanan teks dan atau pesanan faks, emel dan/atau surat pos untuk satu atau lebih Tujuan yang dinyatakan di sini. Anda mengakui dan bersetuju bahawa komuikasi oleh kami tersebut boleh dilakukan melalui penyampaian surat-menyurat, dokumen-dokumen atau notis-notis kepada anda, yang mungkin termasuk penzahiran data peribadi tertentu mengenai anda untuk membolehkan penyampaian yang sama dan juga pada luaran sampul surat/bungkusan surat;

  (m) memahami dan/atau mengendalikan minat-minat, kebimbangan-kebimbangan dan keutamaan-keutamaan anda;

  (n) menjalankan latihan atau bagi tujuan latihan. Untuk mengembangkan atau menambahbaik produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami dan/atau kualiti perkhidmatan. Tanpa mengehadkan keluasan perkara tersebut di atas, Latihan tersebut mungkin melibatkan pengumpulan, penggunaan, penzahiran atau pemprosesan data peribadi anda termasuk maklum balas atau komen-komen atau ulasan-ulasan anda;

  (o) menjalankan usaha wajar atau aktiviti-aktiviti penapisan (termasuk semakan latar belakang, semakan pencegahan pengubahan wang haram, semakan kenali pelanggan anda) selaras dengan obligasi undang-undang atau pengawalseliaan (sama ada Malaysia, Hong Kong atau negara-negara lain) yang terpakai bagi kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool, keperluan atau garis panduan yang diperuntukkan oleh pihak berkuasa kerajaan (sama ada Malaysia, Hong Kong atau negara-negara lain) yang kami tentukan terpakai kepada kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool, dan/atau prosedur-prosedur pengurusan risiko kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool yang mungkin diperuntukkan oleh undang-undang (sama ada Malaysia, Hong Kong atau negara-negara lain) atau yang mungkin telah diletakkan oleh kami atau entiti-entiti Kumpulan Milwaukee Tool. “Kumpulan Milwaukee Tool” merujuk kepada kami dan sekutu, perbadanan berkaitan dan syarikat bersekutu kami, di seluruh dunia;

  (p) untuk mencegah atau menyiasat sebarang penipuan, aktiviti yang salah di sisi undang-undang atau peninggalan atau salah laku, sama ada terdapat kecurigaan dari yang disebutkan di atas, tanpa kira pencegahan atau penyiasatan tersebut melibatkan kami dan/atau dilakukan oleh kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool; menguruskan konflik kepentingan; atau menguruskan dan/atau menyiasat aduan-aduan; menjalankan pengesanan penipuan dan/atau kawalan risiko kredit berkenaan dengan Transaksi/transaksi dalam talian atau percubaan Transaksi/transaksi dalam talian anda;

  (q) mematuhi atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang, keperluan pentadbiran kerajaan atau peraturan mana-mana bidang kuasa berkenaan terpakai bagi kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool, termasuk memenuhi keperluan-keperluan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang mengikat kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool, dan/atau untuk tujuan apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau lain (sama ada dari Malaysia, Hong Kong atau negara-negara lain), yang dengannya kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool dijangka untuk mematuhi;

  (r) mematuhi atau sebagaimana yang diperlukan oleh sebarang permintaan atau arahan mana-mana pihak berkuasa (sama ada dari Malaysia, Hong Kong atau negara-negara lain) yang kami atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool dijangka untuk mematuhi; atau menjawab permintaan-permintaan bagi maklumat daripada agensi-agensi awam, kementerian-kementerian, lembaga-lembaga berkanun atau pihak berkuasa lain yang serupa (sama ada dari Malaysia, Hong Kong atau negara-negara lain). Untuk mengelakkan sebarang keraguan, ini bermaksud bahawa kami mungkin/akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak tersebut di atas permintaan atau arahan mereka;

  (s) menjalankan penyelidikan, analisis dan aktiviti-aktiviti perkembangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada analisis-analisis data, tinjauan-tinjauan dan/atau pemprofilan) untuk menambahbaik produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau kemudahan-kemudahan kami atau entiti Kumpulan Milwaukee Tool untuk meningkatkan interaksi berterusan antara anda dan kami atau entiti Kumpulan Milwaukee Tool yang berkaitan atau berkenaan dengan Laman Web, atau Transaksi anda; atau untuk menambahbaik mana-mana produk atau perkhidmatan kami atau entiti Kumpulan Milwaukee Tool, sama ada sekarang atau pada masa hadapan. Tanpa mengehadkan keluasan perkara tersebut di atas, kami mungkin/akan berhubung dengan perkara ini mengirimkan tinjauan-tinjauan atau meminta tinjauan temu bual bersemuka atau meminta maklum balas anda, melalui emel atau surat pos;

  (t) untuk tujuan pemasaran di mana anda telah memberikan persetujuan anda kepada kami untuk hal yang sama, dan dengan persetujuan tersebut, kami (dan/atau Kumpulan Milwaukee Tool) mungkin/akan memberikan anda maklumat, bahan-bahan dan/atau dokumen-dokumen pemasaran, pengiklanan dan promosi berhubungan dengan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara (termasuk produk-produk perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara organisasi pihak ketiga yang kami mungkin bekerjasama dengan) yang kami (dan/atau entiti Kumpulan Milwaukee Group) atau pihak ketiga tersebut mungkin menjual, memasarkan, menawarkan, mengatur, terlibat dalam atau mempromosikan, sama ada produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara tersebut sekarang atau yang diwujudkan pada masa hadapan;

  (u) menyimpan, menempatkan, membuat sandaran (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada dalam atau di luar Malaysia;

  (v) untuk memudahkan dan/atau memastikan keselamatan dan sekuriti premis-premis kami, pelanggan-pelanggan kami, kakitangan kami dan/atau pelawat-pelawat premis kami; untuk menguruskan, mengendalikan dan menjalankan proses-proses, perkara-perkara dan/atau aturan-aturan tatatertib, sekuriti, pencegahan jenayah dan/atau jaminan kualiti. Tanpa mengehadkan keluasan perkara tersebut di atas, kami ingin membawa kepada perhatian anda bahawa jika ada kamera-kamera pengawasan yang dipasang di premis-premis dan/atau pejabat-pejabat kami, sama ada sekarang atau pada masa hadapan, kamera-kamera pengawasan tersebut adalah untuk tujuan keselamatan, pencegahan jenayah dan latihan dan anda mengakui bahawa data peribadi anda akan dikumpulkan oleh kamera-kamera tersebut dan diproses oleh kami selanjutnya, sekiranya anda mengunjungi premis-premis atau pejabat-pejabat kami;

  (w) menyelenggara dan/atau mengembangkan sistem-sistem dan infrastruktur IT atau perniagaan kami termasuk pengujian dan peningkatan sistem-sistem ini;

  (x) menjamin transaksi-transaksi dalam talian, mencegah penipuan, menguruskan insiden-insiden pembayaran dan mengendalikan kutipan hutang;

  (y) mewujudkan laporan-laporan berkenaan dengan Transaksi anda dan/atau transaksi-transaksi yang kami lakukan dengan pelanggan-pelangaan kami;

  (z) memudahkan, menguruskan dan/atau mentadbirkan audit luaran atau audit dalaman perniagaan Milwaukee Tool dan atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool, Transaksi, dan/atau transaksi-transaksi kami atau entiti Kumpulan Milwaukee Tool dengan pelanggan-pelanggan kami atau entiti lain;

  (aa) menguruskan atau memudahkan transaksi aset perniagaan atau transaksi aset perniagaan yang berpotensi, di mana transaksi tersebut melibatkan Milwaukee Tool sebagai peserta atau hanya melibatkan entiti Kumpulan Milwaukee Tool sebagai peserta atau melibatkan Milwaukee Tool dan/atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool sebagai peserta, dan mungkin ada organisasi-organisasi pihak ketiga lain yang menjadi peserta-peserta dalam transaksi tersebut. “transaksi aset perniagaan” termasuk pembelian, penjualan, pajakan, penggabungan atau penyatuan atau pengambilalihan, pelupusan atau pembiayaan lain organisasi atau sebahagian organisasi atau mana-mana perniagaan atau aset-aset organisasi;

  (bb) tujuan-tujuan penyimpanan rekod dan menghasikan statistik-statistik dan penyelidikan untuk pelaporan dalaman atau berkanun dan/atau keperluan penyimpanan rekod, Milwaukee Tool atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool;

  (cc) tujuan-tujuan pelaporan Milwaukee Tool, Kumpulan Milwaukee Tool atau entiti Kumpulan Milwaukee Tool Group termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaporan prestasi perniagaan Milwaukee Tool;

  (dd) anonimisasi data peribadi anda. Sehubungan itu, anda megakui bahawa data peribadi yang telah dianonimkan bukan lagi data peribadi dan keperluan undang-undang perlindungan data tempatan yang berkenaan (i.e. PDPA) tidak lagi terpakai bagi data yang dianonimkan tersebut; dan

  (ee) untuk menguruskan atau sebagai sebahagian daripada kebankrapan, penggulungan, penyusunan semula, insolvensi, penerimaan atau penyerahan hak untuk faedah pemiutang, Milwaukee Tool.

(tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 19 ini di atas secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”)

Berbangkit daripada pemporsesan data peribadi anda, data peribadi baru mengenai anda mungkin diwujudkan.

20. Milwaukee Tool mungkin/akan perlu menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga, sama ada berada di dalam atau di luar Malaysia, untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan di atas, kerana pihak ketiga tersebut, akan memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan di atas. Sehubungan itu, anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa kami boleh/adalah dibenarkan untuk menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga tersebut (sama ada berada di dalam atau di luar Malaysia) untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan di atas dan bagi pihak-pihak ketiga tersebut untuk kemudiannya mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan / atau memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan di atas. Tanpa mengehadkan keluasan perkara tersebut di atas atau perenggan 19, pihak-pihak ketiga tersebut termasuk:

  (a) mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool;

  (b) mana-mana ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami yang memproses atau akan memproses data peribadi anda bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada yang memberikan perkhidmatan pentadbiran atau lain-lain kepada kami seperti pusat-pusat penghantaran mel, syarikat-syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat teknologi maklumat dan pusat-pusat data, pembekal perkhidmatan penempatan dan penyelenggaraan, pembekal perkhidmatan pembayaran, pembekal perkhidmatan pencegah penipuan, pembekal perkhidmatan analisis, pembekal perkhidmatan penghantaran atau logistik, pembekal perkhidmatan transaksi-transaksi pembayaran, pembekal perkhidmatan pemasaran, pembekal perkhidmatan penyelesaian pemasaran, pembekal perkhidmatan pelanggan;

  (c) pihak-pihak ketiga dengannya kami memasuki atau mungkin memasuki sebarang penyusunan kontraktual atau lain-lain yang berkenaan dengan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang akan diberikan kepada anda, atau berkaitan dengan Transaksi; dan

  (d) pihak-pihak ketiga yang kepadanya penzahiran dibuat oleh Milwaukee Tool untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan dan pihak-pihak ketiga tersebut seterusnya akan mengumpulkan dan memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan.

21. Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool, yang mungkin terletak di negara-negara selain Malaysia atau Hong Kong, dari semasa ke semasa untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan.

22. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, anda bersetuju untuk kami menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi yang kami miliki sekarang mengenai anda dan/atau yang telah kami terima secara sah atau yang kami terima secara sah pada masa hadapan, daripada pihak-pihak ketiga atau entiti-entiti Kumpulan Milwaukee Tool lain, untuk Tujuan-Tujuan.

23. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau penzahiran data peribadi anda yang dimiliki atau di bawah kawalan kami dengan menghantar emel kepada kami di marketing@milwaukeetool.my, dengan sesalinan kepada privacy@tti.com.hk. Kami akan memproses permintaan anda dalam masa yang munasabah dari permintaan tersebut untuk penarikan persetujuan yang dibuat, dan selepas itu tidak akan mengumpulkan, menggunakan dan/atau menzahirkan data peribadi anda dengan cara yang dinyatakan dalam permintaan anda, melainkan sesuatu pengecualian di bawah undang-undang atau peruntukan dalam undang-undang membenarkan kami. Walau bagaimanapun, penarikan persetujuan anda boleh mengakibatkan kesan undang-undang tertentu yang timbul dari penarikan tersebut, termasuk kami tidak dapat melakukan transaksi-transaksi yang diminta oleh anda atau penamatan hubungan anda dengan kami (bergantung pada takat penarikan anda), mengikut mana yang berkenaan.

24. Kami mungkin mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain yang tidak dinyata di atas. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda tentang tujuan lain tersebut pada masa mendapatkan persetujuan anda, melainkan jika pemprosesan data peribadi anda tanpa persetujuan anda dibenarkan oleh PDPA atau oleh undang-undang.

25. Kami mungkin/akan menerima atau mengumpulkan daripada sumber-sumber selain daripada anda, seperti rakan kongsi pihak ketiga, sekutu, perbadanan berkaitan dan syarikat bersekutu, data peribadi mengenai anda, untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan di atas, dan selepas itu menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi tersebut untuk satu atau lebih Tujuan-Tujuan di atas. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang kami terima daripada sumber-sumber lain dengan maklumat yang anda berikan kepada kami dan/atau dengan maklumat yang kami ada mengenai anda. Kami mungkin menggunakan maklumat ini dan gabungan maklumat tersebut untuk Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas (bergantung pada jenis-jenis maklumat yang kami terima).

26. Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa sebarang data peribadi yang kami kumpulkan, zahirkan dan gunakan adalah tepat dan lengkap, jika data peribadi anda mungkin akan digunakan oleh kami untuk membuat keputusan yang mempengaruhi anda, atau dizahirkan kepada organisasi lain. Walau bagaimanapun, ia penting bahawa anda menasihati kami tentang sebarang perubahan-perubahan pada data peribadi anda atau jika terdapat kesilapan dalam data peribadi yang kami simpan mengenai anda. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami bergantung pada data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang timbul kerana anda tidak memaklumkan kami mengenai perubahan terhadap data peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami terdahulu.

G. Pembekalan Data Peribadi Pihak Ketiga Oleh Anda

27. Sekiranya anda memberikan kami data peribadi mana-mana individu selain daripada anda, anda mewakili, mengaku janji dan menjamin kepada kami bahawa :

  (a) untuk sebarang data peribadi individu yang anda zahirkan kepada kami, anda sepatutnya sebelum menzahirkan data peribadi tersebut kepada kami telah mendapatkan persetujuan daripada individu-individu yang data peribadinya dizahirkan, untuk:

        (i) membenarkan anda untuk menzahirkan data peribadi individu-individu kepada Milwaukee Tool untuk Tujuan-Tujuan; dan

       (ii) membenarkan Milwaukee Tool dan Kumpulan Milwaukee Tool untuk mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi individu-individu untuk Tujuan-Tujuan;

  (b) atas permintaan kami, anda akan menggunakan borang atau dokumen sedemikian yang disediakan oleh kami untuk mendapatkan persetujuan daripada individu-individu yang berkenaan (untuk mengelakkan sebarang keraguan, kami tidak berkewajiban kepada anda untuk mewujudkan borang atau dokumen sedemikian);

  (c) sebarang data peribadi individu-individu yang anda zahirkan kepada kami adalah tepat; dan

  (d) untuk sebarang data peribadi individu-individu yang anda zahirkan kepada kami, bahawa anda secara sah bertindak bagi pihak individu-individu tersebut dan bahawa anda telah diberi kuasa oleh individu-individu tersebut untuk memberikan data peribadinya kepada Milwaukee Tool dan Kumpulan Milwaukee Tool untuk mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan memproses data peribadi tersebut untuk Tujuan-Tujuan.

H. Bagaimana Kami Menyimpan Data?

28. Sekuriti data peribadi anda penting kepada kami. Kami akan menempatkan aturan-aturan sekuriti yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dan dijamin dengan secukupnya. Aturan-aturan sekuriti yang sesuai akan diambil untuk mencegah sebarang akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran, kehilangan, kerosakan dan/atau perubahan data peribadi anda tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memikul tanggungjawab untuk sebarang penggunaan data peribadi anda tanpa kebenaran oleh pihak-pihak ketiga yang sepenuhnya disebabkan oleh faktor di luar kawalan kami.

29. Kami akan menempatkan langkah-langkah sedemikian bahawa data peribadi anda yang dimiliki atau di bawah kawalan kami dimusnahkan dan/atau dianonimkan sebaik sahaja ia munasabah untuk menganggap bahawa (i) tujuan data peribadi itu dikumpulkan tidak lagi dipenuhi oleh penyimpanan data peribadi tersebut; dan (ii) penyimpanan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan lain.

I. Hak-Hak

30. Anda mempunyai hak untuk meminta kami supaya tidak menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Sila maklumkan kami jika anda ingin menarik balik persetujuan yang anda berikan kepada kami, melalui emel kepada kami di marketing@milwaukeetool.my, dengan sesalinan kepada privacy@tti.com.hk.

31. Anda mempunyai hak untuk mengakses dan/atau membetulkan sebarang data peribadi yang kami simpan mengenai anda, tertakluk kepada pengecualian di bawah undang-undang. Hak ini dapat dilaksanakan pada bila-bila masa dengan menghantar emel kepada kami di marketing@milwaukeetool.my, dengan sesalinan kepada privacy@tti.com.hk. Kami memerlukan maklumat yang cukup daripada anda untuk memastikan identiti anda dan juga sifat permintaan anda, supaya dapat menguruskan permintaan anda. Berkenaan dengan permintaan akses anda, kami mungkin mengenakan bayaran untuk memprosesnya.

32. Untuk permintaan mengakses data peribadi, setelah kami mendapatkan maklumat yang mencukupi daripada anda untuk menguruskan permintaan tersebut, kami akan berusaha untuk memberikan data peribadi yang relevan kepada anda dalam masa 21 hari. Sekiranya kami tidak dapat memberi tindak balas kepada anda dalam 21 hari tersebut, kami akan memberitahu anda tentang masa secepat mungkin dalam mana kami dapat memberikan anda maklumat yang diminta. Perhatikan bahawa PDPA mengecualikan jenis-jenis data peribadi tertentu daripada tertakluk kepada permintaan akses anda.

33. Untuk permintaan membetulkan data peribadi, setelah kami mendapatkan maklumat yang mencukupi daripada anda untuk menguruskan permintaan tersebut, kami akan membetulkan data peribadi anda dalam masa 21 hari. Sekiranya kami tidak dapat melakukannya dalam 21 hari tersebut, kami akan memberitahu anda tentang masa secepat mungkin dalam mana kami dapat membuat pembetulan tersebut. Perhatikan bahawa PDPA mengecualikan jenis-jenis data peribadi tertentu daripada tertakluk kepada permintaan pembetulan anda dan juga memperuntukkan situasi di mana pembetulan tidak perlu dibuat oleh kami biarpun permintaan anda.

34. Hak-hak lanjut mungkin timbul pada masa hadapan di bawah pindaan-pindaan PDPA dan dalam hal ini, kami akan memberikan anda hak-hak sedemikian yang diperuntukkan oleh PDPA.

35. Kami menyimpan dan menguruskan data peribadi anda selaras dengan PDPA

J. Proses Aduan

36. Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau rungutan mengenai bagaimana kami mengendalikan data peribadi anda atau tentang bagaimana kami mematuhi PDPA, kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami mengenai aduan atau rungutan anda.

37. Sila menghubungi kami dengan aduan atau rungutan anda dengan menghantar emel kepada kami di marketing@milwaukeetool.my, dengan sesalinan kepada privacy@tti.com.hk.

38. Di mana anda menghantar emel dalam mana anda mengemukakan aduan, petunjuk anda di tajuk subjek bahawa itu adalah aduan PDPA akan membantu kami melayani aduan anda dengan cepat dengan menyampaikannya kepada kakitangan yang relevan di organisasi kami untuk mengendalikan. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan tajuk subjek sebagai "Aduan PDPA".

39. Kami semestinya akan berusaha untuk menguruskan sebarang aduan atau rungutan yang anda mungkin mempunyai dengan cepat dan adil.

K. Umum

40. Persetujuan anda yang diberikan berdasarkan Dasar Privasi ini adalah tambahan kepada dan tidak menggantikan persetujuan lain yang anda berikan kepada Milwaukee Tool atau mana-mana entiti Kumpulan Milwaukee Tool Group berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda.

41. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, sekiranya undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia membenarkan organisasi seperti kami mengumpulkan, menggunakan atau menzahirkan data peribadi anda tanpa persetujuan anda, kebenaran sedemikian yang diberikan oleh undang-undang akan terus terpakai. Selanjutnya, di mana undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia membenarkan kami untuk mengendalikan, menyimpan atau memproses data peribadi anda tanpa harus mematuhi atau sebagai pengecualian, obligasi-obligasi perlindungan data dalam PDPA, hak-hak sedemikian yang diberikan kepada kami untuk melakukannya akan terus terpakai, walau apa-apa pun jua yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau pertanyaan lain yang berkaitan dengan bagaimana kami dapat mengendalikan, melindungi dan/atau memproses data peribadi anda, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di:

Senior Executive, Digital & Marcom
marketing@milwaukeetool.my +603-7866 0668

Dengan sesalinan kepada:
privacy@tti.com.hk +852 2402 6888

L. Bahasa

42. Untuk pengguna-pengguna yang bertempat di Malaysia, selaras dengan keperluan-keperluan PDPA, Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

© 2024 Milwaukee Tool Malaysia. All rights reserved.