Privacy Policy

1. Latar belakang

Kami adalah peneraju industri dalam membangunkan penyelesaian inovatif yang menyampaikan peningkatan produktiviti dan ketahanan yang tiada tandingan untuk pengguna pembinaan profesional. Dasar ini menetapkan cara kami mengendalikan maklumat peribadi.

Perihal Milwaukee Tool Asia

Milwaukee Tool Asia (“Milwaukee Tool Asia”) ialah sekumpulan syarikat yang memasarkan dan membekalkan alat mudah alih berkuasa, alat tangan dan aksesori tugas berat berjenama “MILWAUKEE” yang terkemuka di industri untuk pengguna profesional. Kami menerajui industri melalui sistem tanpa wayar M12 dan M18 kami yang terkemuka di dunia, prestasi cemerlang produk M12 dan M18 FUEL kami, pencahayaan tapak kerja, aksesori menjimatkan masa dan produk alat tangan dan penyimpanan yang inovatif. Milwaukee Tool Asia adalah syarikat gabungan Milwaukee Tool yang ditubuhkan di Brookfield, Amerika Syarikat.

Dasar ini

“Maklumat Peribadi” ialah apa-apa maklumat tentang individu yang boleh dikenal pasti. Apabila kami, atau rakan perniagaan kami, mengumpul maklumat ini, kami mesti mematuhi undang-undang perlindungan data dan privasi negara di mana kami beroperasi.

Dasar ini menjelaskan jenis-jenis maklumat peribadi yang kami kumpul, sebab kami mengumpulnya, dengan siapa kami berkongsi maklumat itu, dan cara kami menyimpannya dengan selamat.

Dasar ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang kami kumpul di seluruh perniagaan kami di Asia. Ini termasuk maklumat peribadi yang kami kumpul daripada:

  • orang yang mengunjungi laman web kami;
  • orang yang melanggan kepada inisiatif pemasaran kami, mengambil bahagian dalam acara pemasaran atau menyertai program kesetiaan kami;
  • orang yang membeli produk daripada kami atau pengedar berdaftar, peniaga atau rakan runcit kami, atau menggunakan perkhidmatan waranti kami atau penyedia perkhidmatan berdaftar kami;
  • orang yang memohon untuk jawatan, latihan amali (internship) atau mengekori kami dekat-dekat semasa kami berada di tempat kerja;
  • orang yang bekerja dengan kami, termasuk pekerja, kontraktor, subkontraktor, rakan perniagaan dan wakil penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan kenalan perniagaan.

Kami mengemas kini Dasar ini dari masa ke masa. Anda boleh menjumpai versi yang mutakhir di laman web kami di sini (https://www.milwaukeetool.my/privacy-policy)

2. Apakah Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul?

Apabila anda mengunjungi laman web kami, membeli produk kami atau menggunakan perkhidmatan kami, dsb., kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda untuk menjalankan perniagaan kami dengan berkesan dan memberi nilai kepada pelanggan kami.

Maklumat peribadi yang kami kumpul mengenai anda bergantung pada hubungan kami dengan anda. Kami mungkin mengumpul jenis maklumat peribadi berikut (yang mungkin merangkumi maklumat peribadi sensitif) mengenai anda sebagai seorang individu atau wakil individu perniagaan anda:

  • Maklumat hubungan – ini merangkumi nama anda, alamat e-mel dan nombor telefon, bukti kuasa, dan maklumat lain yang anda serahkan semasa berkomunikasi dengan kami atau berinteraksi dengan bahagian “hubungi kami” di laman web atau perkhidmatan kami, atau apabila anda berkontrak atau berurus niaga dengan kami.
  • Maklumat transaksi – ini merangkumi butiran kad kredit, butiran kad debit dan maklumat pembayaran lain yang anda berikan semasa membeli-belah di laman web kami atau kedai fizikal kami.
  • Maklumat Laman Web Milwaukee Tool Asia – ini merangkumi data yang dikumpul semasa anda berinteraksi dengan laman web, aplikasi atau pengiklanan elektronik kami. Ia mungkin termasuk alamat IP anda, pengecam peranti, ID pengiklanan, sejarah pelayaran, log dan maklumat web yang dikumpul menggunakan kuki atau teknologi lain. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang kuki yang kami gunakan dan menukar tetapan anda di Pusat Keutamaan Kuki di laman web kami.
  • Maklumat Profesional dan Pekerjaan – ini merangkumi maklumat yang dikumpul daripada dan mengenai pekerja dan pekerjaan, pemohon latihan amali atau mengekori pekerja dekat-dekat semasa berada di tempat kerja, seperti resume, sejarah pendidikan dan kerja, kelayakan dan pensijilan, minat profesional, dokumen pengenalan, bukti alamat, butiran hubungan, dokumentasi hak untuk bekerja dan rujukan profesional.
  • Maklumat daripada Pihak Ketiga – ini termasuk maklumat anda yang dikongsi dengan kami oleh pihak ketiga, termasuk pengedar berdaftar kami, peniaga atau rakan runcit dan penyedia perkhidmatan kami (termasuk penyedia perkhidmatan pos dan kurier yang kami gunakan untuk menghantar produk yang anda beli daripada kami).

3. Mengapakah Kami Mengumpul, Menggunakan dan Mendedahkan Maklumat Peribadi Anda?

Kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami, menyampaikan produk kepada pelanggan, menguruskan perniagaan kami dan mematuhi undang-undang, dsb.

Tujuan pengumpulan

Contohnya, kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Berkomunikasi dengan anda: Untuk memberi maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan berkongsi kemas kini penting.
  • Mengkhususkan kandungan untuk anda: Untuk mengenal pasti keutamaan anda dan menyediakan kandungan yang diperibadikan dalam bentuk iklan, tawaran, ganjaran ahli kesetiaan dan produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda.
  • Mengekalkan keselamatan: Untuk menjaga keselamatan pelanggan, pelawat dan kakitangan kami, dan menguruskan insiden keselamatan dan melakukan penyiasatan.
  • Menyediakan barangan dan perkhidmatan: Untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan kami kepada anda, dan menguruskan akaun anda berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan sedemikian.
  • Menambah baik produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan kami: Untuk menganalisis prestasi dan menambah baik produk, perkhidmatan dan sistem kami.
  • Menguruskan hubungan pihak ketiga kami: Untuk menguruskan hubungan kami dengan pihak ketiga seperti pembekal, pengedar berdaftar, peniaga atau rakan runcit kami, penyedia perkhidmatan dan rakan perniagaan yang lain.
  • Menguruskan hubungan pekerjaan: Untuk menguruskan hubungan dengan pekerja, pemohon dan kontraktor.
  • Mematuhi undang-undang: Untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, termasuk kewajipan pelesenan, pelaporan dan kawal selia, dan untuk membantu dalam penguatkuasaan undang-undang jika perlu.

Kami juga mungkin menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan lain yang dibenarkan menurut undang-undang.

Asas undang-undang untuk mengendalikan maklumat peribadi anda

Di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan perlindungan data dan privasi, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, perniagaan mesti mengenal pasti alasan sah untuk mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi. Alasan-alasan ini termasuk apabila pemprosesan maklumat peribadi:

  • diperlukan untuk mematuhi kewajipan kontrak;
  • diperlukan untuk mematuhi undang-undang (contohnya, apabila perniagaan dikehendaki mengumpul maklumat peribadi atas sebab cukai);
  • diperlukan untuk bertindak atas kepentingan awam (ini terpakai apabila perniagaan dibenarkan menjalankan tugas ini seperti yang digariskan dalam undang-undang);
  • atas kepentingan sah perniagaan, yang mana kepentingan itu tidak menjejaskan hak atau kepentingan seseorang individu; dan
  • dilakukan dengan persetujuan individu yang berkenaan.

Kami akan sentiasa mengenal pasti sebab yang wajar di bawah undang-undang perlindungan data dan privasi yang berkenaan untuk mengendalikan maklumat peribadi anda.

Dalam kebanyakan keadaan, kami mengumpul maklumat peribadi:

  • untuk mematuhi kewajipan kontrak – contohnya, untuk menguruskan tuntutan waranti;
  • bilamana ia adalah kepentingan sah kami – contohnya, untuk memahami cara dan bila orang menggunakan laman web kami; atau
  • dengan persetujuan anda – contohnya, apabila anda menghubungi kami melalui salah satu daripada laman web kami.

Acara dan bahan promosi

Kami mungkin menggunakan foto, rakaman video atau audio di acara kami untuk tujuan promosi, dalaman dan pengarkiban, dan ia mungkin dipaparkan di laman web, bahan bercetak, media sosial dan siaran akhbar kami.

Promosi kami dijalankan menurut Dasar ini dan undang-undang negara di mana promosi itu berlangsung.

Anda boleh memilih untuk tidak difotografkan, difilemkan atau dirakam audio dengan memaklumkan kami sebelum mengambil bahagian dalam acara itu atau dengan segera di acara itu.

Pemasaran langsung

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghatar mesej pemasaran kepada anda jika anda bersetuju untuk menerimanya. Ini mungkin termasuk menghubungi anda melalui pelbagai cara, termasuk e-mel, SMS, aplikasi pemesejan segera, pemberitahuan pada halaman media sosial anda, pemesejan dalam aplikasi dan pos.

Pemasaran langsung kami dijalankan menurut Dasar ini dan undang-undang negara di mana pemasaran langsung itu berlaku.

Anda boleh memilih untuk tidak menerima mesej pemasaran langsung pada bila-bila masa dengan, jika berkenaan, menggunakan pilihan untuk hentikan langganan dalam mesej, menukar tetapan dalam akaun anda, atau menghubungi kami menggunakan butiran yang disediakan di bawah.

Pengekalan

Kami hanya akan mengekalkan maklumat peribadi anda selagi yang diperlukan bagi tujuan sah, atau sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang. Apabila kami tidak lagi memerlukan maklumat peribadi anda, kami akan melupuskannya secara selamat.

Pihak ketiga

Kami bekerjasama dengan organisasi lain untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami dan mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga ini. Pihak ketiga juga boleh mengumpul maklumat peribadi bagi pihak kami dan berkongsinya dengan kami. Pihak ketiga ini mungkin termasuk:

  • pengedar berdaftar, peniaga atau rakan runcit kami;
  • rakan rantaian bekalan kami;
  • penyedia teknologi maklumat dan storan data kami;
  • agensi perekrutan berkontrak kami; dan
  • institusi kewangan atau pemproses bayaran.

Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi apabila dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, termasuk kepada pihak penguatkuasa undang-undang, pengawal selia atau mahkamah.

Apabila kami bekerjasama dengan pihak ketiga, mereka dikehendaki mengendalikan maklumat peribadi anda secara selamat dengan cara yang memenuhi keperluan undang-undang global kami.

4. Pemindahan Data

Kami menjalankan perniagaan secara global dan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan di beberapa negara. Dalam keadaan tertentu, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan ke negara di luar tempat tinggal anda, dan mungkin mempunyai undang-undang dan standard perlindungan data dan privasi yang berbeza. Apabila ini berlaku, kami memastikan bahawa pemindahan maklumat peribadi anda dibenarkan menurut undang-undang dan mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda.

5. Hak-hak Anda

Hak anda sebagai subjek data adalah berbeza berdasarkan undang-undang negara di mana anda berada. Di kebanyakan negara anda akan dapat menggunakan hak-hak berikut:

  • Hak untuk mendapatkan maklumat tentang sama ada atau tidak dan sejauh mana kami memproses maklumat peribadi anda.
  • Hak untuk mengakses maklumat yang disimpan mengenai anda dan maklumat tentang sebab maklumat anda diproses.
  • Hak untuk meminta agar kami membetulkan apa-apa maklumat peribadi yang mungkin tidak tepat atau tidak lengkap.
  • Hak untuk meminta agar maklumat peribadi anda dipadamkan dalam keadaan tertentu.
  • Hak untuk menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan maklumat peribadi.
  • Hak untuk meminta agar pemprosesan maklumat peribadi anda dihadkan dalam keadaan tertentu.
  • Hak untuk membantah pemprosesan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu.
  • Hak untuk menerima salinan maklumat peribadi anda dalam format yang berstruktur, standard dan boleh dibaca mesin yang boleh disediakan kepada syarikat lain jika diperlukan.

Adakah sebarang caj dikenakan?

Jika permintaan anda berkemungkinan memerlukan usaha pentadbiran yang besar atau bersifat sangat kompleks, atau di mana salinan maklumat peribadi selanjutnya diperlukan, kami mungkin mengenakan bayaran untuk masa yang kami luangkan untuk mencari dan menyusun maklumat peribadi yang anda minta. Jika bayaran dikenakan, kami akan memaklumkan anda tentang kos anggaran sebelum meneruskan permintaan anda.

Berapa lamakah yang akan diambil?

Kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh yang munasabah. Kami akan memaklumkan anda jika kami mendapati bahawa kami tidak dapat membalas dalam tempoh yang munasabah.

Sebelum kami mengendalikan permintaan anda, kami akanperlu mengesahkan identiti anda bagi melindungi maklumat peribadi anda.

Bagaimana anda boleh menghubungi kami?

Lihat ’Hubungi Kami’, di bawah.

6. Kemas Kini kepada Dasar Ini

Kami boleh mengemas kini Dasar ini dari masa ke masa untuk memaktubkan perubahan dalam proses privasi kami dan perubahan dalam undang-undang dan peraturan perlindungan data dan privasi. Kemas kini kepada Dasar ini akan dikomunikasikan kepada anda melalui e-mel dan melalui laman web kami. Anda sentiasa boleh mendapati versi semasa Dasar kami di sini (https://www.milwaukeetool.my/privacy-policy).

7. Aduan

Jika anda risau tentang cara maklumat peribadi anda dikendalikan, sila beritahu kami dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan aduan anda.

Jika anda tidak berpuas hati dengan cara kami menguruskan aduan anda, anda boleh menyerahkan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data. Kebanyakan negara membolehkan individu menyerahkan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data mereka di bawah undang-undang dan peraturan perlindungan data dan privasi yang berkenaan.

Bagaimanakah anda boleh membuat aduan tentang privasi?

Jika anda risau tentang privasi anda atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, anda boleh memberitahu kami dan kami akan cuba sedaya upaya kami untuk menyelesaikan aduan anda (lihat ‘Hubungi kami’, di bawah).

Bagaimanakah kami menguruskan aduan tentang privasi?

Kami akan:

  • mengekalkan rekod aduan anda,
  • memaklumi aduan anda untuk mengesahkan bahawa ia telah diterima secara selamat,
  • Menyiasat aduan anda (termasuk, contohnya, mengumpul fakta-fakta yang relevan, mencari dan mengkaji semula dokumen yang relevan dan bercakap dengan individu-individu yang relevan), dan
  • menulis kepada anda dengan respons muktamad kami, termasuk pandangan kami tentang sama ada kami telah mematuhi Dasar ini atau undang-undang perlindungan data dan privasi yang berkenaan, dan apa yang akan kami lakukan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Untuk majoriti permintaan, kami akan memberi anda respons muktamad dalam tempoh masa yang munasabah selepas menerima aduan anda. Jika kami tidak dapat memberi respons dalam tempoh masa itu, kami akan menghubungi anda untuk memberitahu anda sebabnya dan mengusahakan rangka masa baharu dengan anda.

8. Hubungi Kami

Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda atau jika anda ingin menggunakan mana-mana hak anda.  

E-mel:  privacy@tti.com.hk

Pos: Alamat: Sila lihat di https://www.milwaukeetool.my/contact/.

Perhatian: Pegawai Perlindungan Data

© 2024 Milwaukee Tool Malaysia. All rights reserved.